tag: Replace "http://tahfizptdh.edu.my" PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN: PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN (PTDH) 2001 - 2014: Membina Generasi Al-Quran

Friday 24 October 2014

PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN (PTDH) 2001 - 2014: Membina Generasi Al-Quran

Bangunan PTDH yang terletak di Dato'Keramat, Kuala Lumpur


Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah diasaskan oleh Tuan Haji Aznan bin Ismail dan Hjh Fauziah Bt Abul Khassim. PTDH merupakan sebuah institusi Tahfiz Berintegrasi yang menggabungkan pengajian Hafazan Al-Quran, Pengajian Deeniah serta Akademik.

PTDH menyediakan platform pembelajaran bermula daripada Pra-Tahfiz iaitu peringkat tadika, peringkat sekolah rendah dan seterusnya peringkat menengah. PTDH telah mendapat pengiktirafan dari pihak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan 
(No. Pend: JAWI/4/284)

Sehingga kini PTDH mempunyai lebih daripada 100 orang pelajar dan telah berkembang dalam usahanya untuk menegakkan kepentingan pendidikan Al-Quran & As-Sunnah, Deeniah & Akademik seiring dengan keperluan & cabaran dunia masa kini.


Para Pelajar Hafiz Banin Darul Haafizhiin bersama Ustaz & Mudir PTDH.

Para Pelajar Hafizah Banat bersama Ustazah & Guru PTDH

             Bakal Hafiz PTDH                     
          
    Bakal Hafizah sedang khusyuk menghafaz Al-Quran Karim

VISI  PTDH
Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Bertaqwa Dan Berperibadi Mulia.
                                             
MISI PTDH
1. Melahirkan Hamalatul Quran (penghafaz Al-Quran) yang dapat membaca, menghafal dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.

2. Membentuk pelajar yang mampu menjalani penghidupan harian bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah.

3. Membina generasi insan yang soleh, cemerlang dan berilmu tinggi serta menjadi panduan ummah

"Mari Bersama Menghidupkan Generasi Al-Quran,
Semoga Allah Memberikan Kita Semua Dengan Kejayaan Dunia & Kejayaan Akhirat"

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan PTDH, Hubungi:

019-3196559 (Hj.Aznan Ismail, PENGASAS PTDH)
011-12428294 (Ustaz Muhammad Aryf Zaki, MUDIR PTDH)

2 comments:

  1. Assalamualaikum,

    Disini saya ingin bertanya adakah kelas belajar mengaji untuk orang dewasa dijalankan?.

    Selian, terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    Disini saya ingin bertanya adakah kelas belajar mengaji untuk orang dewasa dijalankan?.

    Selian, terima kasih.

    ReplyDelete