tag: Replace "http://tahfizptdh.edu.my" PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN: KEM RAKAN QURAN 2013 & PENDAFTARAN ONLINE

Friday 25 October 2013

KEM RAKAN QURAN 2013 & PENDAFTARAN ONLINE


                                                            *Sila klik untuk besarkan gambar

Kem Rakan Al-Quran (KRQ) merupakan salah satu aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) pada setiap tahun sebagai pendekatan efektif dalam membina pemangkin generasi muslim yang berpegang teguh kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah dalam kehidupan seharian. Kem ini berjalan selama 3 minggu & dapat memberi penekanan dalam mengukuhkan 3 I (ISLAM-IMAN-IHSAN) dengan lebih efektif. Kem ini juga bertujuan untuk memberi pengisian yang berfaedah kepada para pelajar pada musim cuti persekolahan yang panjang pada setiap hujung tahun. 

Tujuan ini direalisasikan dengan pelbagai aktiviti yang merangkumi teori dan praktikal, antaranya kelas hafazan dan Tadabur Al-Quran, Memahami Hadith Rasulullah, Pembelajaran Bahasa Arab, Solat Berjemaah, Qiamullail, Penghayatan Perjuangan Para Sahabat, Pengamatan Sunnah Dalam Amalan Harian, Khidmat Masyarakat, dan sebagainya.

Marilah beramai-ramai menyertai kem yang sangat bermanafaat ini khususnya bagi para pelajar berumur 7 sehingga 16 tahun.



PENDAFTARAN ONLINE KEM RAKAN QURAN 2013


LANGKAH 1: Sila download Borang Pendaftaran KRQ 13' melalui link dibawah:

                               'BORANG PENDAFTARAN KRQ 13'



*Kaedah untuk download borang









LANGKAH 2:

 Isi borang tersebut & sila buat bayaran untuk Yuran Penyertaan KRQ 13. Bayaran boleh dibuat secara online (maybank2u)/cash deposit ke akaun:

                              Bank: Maybank.
                              Nama: Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin 

                              No. Akaun: 5642-1250-2685
                              Yuran Pendaftaran : RM380 seorang
 
*** Sila simpan slip bayaran & isikan butiran seperti (No rujukan, Tarikh & Masa) pada Borang Pendaftaran setelah pembayaran telah dibuat. Ini penting bagi memudahkan pihak pengurusan membuat pendaftaran anak-anak anda dengan lebih efisyen.


LANGKAH 3: 


Setelah borang diisi & bayaran telah dibuat, hantarkan:

              a)Borang Pendaftaran KRQ 2013 (yang lengkap diisi)

              b)Slip bayaran Yuran Penyertaan KRQ 13 

kepada pihak kami melalui emel :  kemrakanquran@gmail.com

LANGKAH 4:  Pihak kami akan memberikan maklum balas kepada pihak anda melalui emel/sms dengan segera, Insyaallah.



Tarikh Tutup Pendaftaran  : 13/NOV /2013

Daftarlah dengan segera, Tempat adalah terhad! 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Ust Aryf (019-5038453)/ Hj Aznan (019-3196559)


                                                 "Generasi Khalifah Peneraju Ummah

No comments:

Post a Comment