::.PENGENALAN.::
Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah diasaskan oleh Tuan Haji Aznan bin Ismail dan Hjh Fauziah Bt Abul Khassim. PTDH merupakan sebuah institusi Tahfiz Berintegrasi yang menggabungkan pengajian Hafazan Al-Quran, Pengajian Deeniah serta Akademik.
Sehingga kini PTDH mempunyai lebih daripada 100 orang pelajar dan telah berkembang dalam usahanya untuk menegakkan kepentingan pendidikan Al-Quran & As-Sunnah, Deeniah & Akademik seiring dengan keperluan & cabaran dunia masa kini.
PTDH menyediakan platform pembelajaran bermula daripada Pra-Tahfiz iaitu peringkat tadika, peringkat sekolah rendah dan seterusnya peringkat menengah. PTDH telah mendapat pengiktirafan dari pihak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan
(No. Pend: JAWI/4/284)
VISI PTDH
Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Bertaqwa Dan Berperibadi Mulia.
MISI PTDH
1. Melahirkan Hamalatul Quran (penghafaz Al-Quran) yang dapat membaca, menghafal dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
2. Membentuk pelajar yang mampu menjalani penghidupan harian bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah.
3. Membina generasi insan yang soleh, cemerlang dan berilmu tinggi serta menjadi panduan ummah
"Mari Bersama Menghidupkan Generasi Al-Quran,
Semoga Allah Memberikan Kita Semua Dengan Kejayaan Dunia & Kejayaan Akhirat"
::.TENAGA PENGAJAR.::
PTDH mempunyai tenaga pengajar dan hafiz / hafizah serta guru-guru akademik yang berpengalaman dan bertauliah dari universiti tempatan dan luar negara.
::.PENGISIAN PTDH.::
Solat Berjemaah & Zikir Harian
Hafalan Hadith
Tazkirah Harian
Pertandingan Hafazan
Qiamullail
Kem Ibadah / Motivasi / Kepimpinan
Kem Rakan Al-Quran Cuti Sekolah
Program Bulan Bahasa Arab & Bahasa Inggeris
Gimnastik
Hari Sukan
Ko-Kurikulum (Nasyid, Pidato, Khutbah)
Usrah Ibu Bapa