tag: Replace "http://tahfizptdh.edu.my" PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN

Friday 5 August 2016

PROGRAM PTDH SEPANJANG JANUARI - JULAI 2016



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT pada tahun ini, pelbagai program-program penting dapat dijalankan di Darul Haafizhiin. Selain daripada program tarbiyah tetap harian dan mingguan di PTDH, terdapat pelbagai program tarbiyah bulanan dan tahunan telahpun dilaksanakan di PTDH. Alhamdulillah hasil usaha para guru yang bertungkus lumus menjayakan program, juga komitmen para pelajar PTDH beserta sokongan daripada para ibubapa, kesemua program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya atas kemudahan yang diberikan oleh Allah swt. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para guru dan staff PTDH, diikuti para ibubapa dan para pelajar atas komitmen dan usaha semua. semoga Allah SWT memberkati kita. amin.

1) Program Latihan Kebakaran bersama Anggota BOMBA Titiwangsa













2) Program- program Tarbiyah sepanjang Januari - Julai 2016:

 a)Ujian Musabaqah Hafazan Al-Quran Semester 1




 b) Program Tahsin Bacaan dalam Solat
 c) Usrah Ibubapa PTDH




 d) Hari Kad Laporan Semester 1





 e) Pertandingan Musabaqah Al-Quran





f) Pertandingan Hafazan Hadith Ramadhan




g) Rehlah Infaq PTDH ke PPR Air Panas KL





h) Pertandingan Kuiz Celik Ramadhan




i) Pertandingan Al-Quran Fi Qalbi

                                      


j) Program Usrah Perdana & Majlis Iftar PTDH 2016 bertempat di UTM KL 






k) Majlis Penutup Ihya Ramadhan & Penyampaian Hadiah







<Semoga Allah SWT memberkati segala usaha yang dijalankan InsyaAllah >

Wednesday 10 February 2016

PENDAFTARAN DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN (PERINGKAT MENENGAH) BAGI SESI 2016/2017 DIBUKA SEKARANG!


PENDAFTARAN DIBUKA
DARUL HAAFIZHIIN  AL-FURQAN 

(PROGRAM TAHFIZ PERINGKAT MENENGAH)



PENGENALAN DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN (DHF)

   Darul Haafizhiin AlFurqan (DHF) ditubuhkan bagi melahirkan generasi syabab yang menghafaz Al-Quran dengan mantap & bertajwid, memahami serta mengaplikasi isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian melalui implementasi 3P (Pengajian Islami, Penghayatan Al-Quran & As- Sunnah, Pemantapan Akhlak & Sahsiah) yang diterapkan di DHF.

  Ia juga adalah sebuah Institusi pengajian yang berorientasikan pengajian menghafal Al-Quran, Pengajian Islami serta Bahasa Arab. Penstrukturan Sistem Pengajian DHF juga menitikberatkan aqidah, akhlak & sahsiah para pelajar bagi membentuk para huffaz yang mempunyai Intelektual Islami yang tinggi. 

MISI & VISI DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN  CEMERLANG DAN BERMATLAMAT 

1) Meningkatkan keupayaan intelektual Islami melalui Kurikulum DHF. ·  
2) Memantapkan Hafazan Al Quran & Hadith Untuk Setiap Pelajar. ·
3)  Menerapkan Penghayatan Al Quran & As Sunnah Dalam Diri Setiap Pelajar. · 
4) Memantapkan Aqidah, Akhlak & Sahsiah Diri Setiap Pelajar. ·  
5) Meningkatkan Kualiti & Prestasi Pelajar Secara Berterusan. 

SISTEM PENGAJIAN 

1) Hafazan Al-Quran 30 Juzuk melalui ‘SISTEM HAFAZAN Al-HUFFAZ’ ·  
2) Aplikasi Kurikulum Pengajian Islami. ·
3) Penekanan Bahasa Arab melalui ‘SISTEM HATA (Hafal -Tasmi’-Aplikasi ) · 
4) Penerapan Tajwid melalui teknik ‘MATAN TUHFATUL ATHFAL’ ·  
5) Penerapan Nahu melalui teknik ‘MATAN AJRUMIYYAH’ 



KURIKULUM DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN 




  JADUAL DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN 



DAFTAR SEKARANG! PENGAMBILAN ADALAH TERHAD!

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan pendaftaran, Hubungi:        
     
019-3196559       (Hj.Aznan Ismail, PENGASAS PTDH) 

017-6707782     ( Ustaz Abu Dzar, Mudir DHF )



Sunday 17 May 2015

SEMINAR KELUARGA MUSLIM " CABARAN MENDIDIK ANAK ALAF BARU "




SEMINAR KELUARGA MUSLIM

Pendidikan anak adalah perkara yang sangat penting di dalam Islam. Di dalam Al-Quran kita dapati bagaimana Allah menceritakan petuah-petuah Luqman yang merupakan bentuk pendidikan bagi anak-anaknya. Begitu pula dalam hadits-hadits Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, kita temui banyak juga bentuk-bentuk pendidikan terhadap anak, baik dari perintah maupun perbuatan beliau mendidik anak secara langsung.

Seorang pendidik, baik orangtua maupun guru hendaknya mengetahui betapa besarnya tanggung-jawab mereka di hadapan Allah ‘azza wa jalla terhadap pendidikan anak - anak.

"Cabaran Mendidik Anak Alaf Baru"

Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin akan menganjurkan sebuah SEMINAR KELUARGA MUSLIM yang bertajuk Cabaran Mendidik Anak Alaf baru yang bertempat di Dewan Kayangan, MMC, KL bersama PUAN YUSNANI BT ABDUL HAMID. Beliau merupakan seorang yang berpengalaman dalam permasa.

Anda semua dijemput  hadir bagi memenuhi tuntutan menuntut ilmu sepertimana budaya para sahabat dan para solehiin sekaligus menjadi menifestasi terhadap rasa cinta pada Rasulullah S.A.W.


TEMPAT : Dewan Kayangan, Multimedia College (MMC),
Jalan Gurney Kiri, Kuala Lumpur

TARIKH : 23 MEI 2015 ( Sabtu )

WAKTU : 8.30am - 1.00pm





PENDAFTARAN

Yuran pendaftaran adalah sebanyak RM50.00 bagi setiap peserta.
Pendaftaran boleh dibuat di pejabat PTDH atau pada borang yang tertera di bawah dan bayaran boleh dibuat secara bankin/transfer ke akaun :


Bank: Maybank
Nama: Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin
No. Akaun: 5642-1250-2685


Sila simpan slip bayaran & isikan butiran seperti ( Tarikh & Masa) pada Borang Pendaftaran setelah pembayaran telah dibuat. Ini penting bagi memudahkan pihak pengurusan membuat pendaftaran dengan lebih efisyen.