PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN ( PTDH ) merupakan sebuah pusat Pengajian Islam peringkat rendah yang telah beroperasi selama 14 tahun semenjak tahun 2000. Sehingga kini, PTDH mempunyai lebih 100 orang pelajar peringkat sekolah rendah yang merupakan penghafal al-Quran dan berpendidikan agama.
PTDH komited dalam usaha terus menerus mendidik anak-anak untuk mendalami ilmu agama di samping menghafal al-Quran dan al-Hadith yang Sahih serta berakhlak mulia sekaligus menjadi muslim yang professional dalam menguruskan perihal dunia dan akhirat.
Manifestasi terhadap matlamat ini, bermula pada awal tahun 2015 PTDH telah mengorak langkah untuk menubuhkan sebuah pusat pengajian tahfiz peringkat Menegah yang dikenali sebagai DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN ( DHF ) yang terletak di Kampung Sungai Salak, Batu 10 Gombak. Bangunan DHF fasa pertama telah mula dibina pada awal 2015 dan kini masih dalam pembinaan. Pembinaan fasa satu merupakan sebuah bangunan untuk pelajar menghafaz al-Quran. Fasa dua pula merupakan bangunan asrama, fasiliti dan kelas pengajian.
Bangunan DHF fasa 1 akan dirasmikan pembukaannya pada 22 MAC 2015 ( AHAD ) sekali dengan PELANCARAN DANA UNTUK PEMBINAAN FASA KEDUA. Orang ramai dialu-alukan untuk menghulurkan sumbangan.
Pihak DHF kini sedang berusaha untuk mencari dana bagi pembukaan fasa seterusnya. Kerjasama dari semua pihak amat penting bagi menjayakan matlamat murni ini. Sumbangan untuk DHF fasa dua boleh dibuat melalui deposit / pindahan wang melalui :-

CIMB BANK
8602048088
( Darul Haafizhiin Al-Furqan )
No comments:
Post a Comment