Gambar Haji Aznan ( Pengasa DHF), Ustaz Abu Dzar ( Pengetua DHF ) dan Ustaz Aryf (Pengetua PTDH) bersama dengan Tan Sri Haji Hassan Azhari juga tetamu jemputan |
Pada 22 Mac minggu lalu, Pihak PTDH dengan rasminya telah menganjurkan sebuah perogram Perasmian Pembukaan Darul Haafizhiin Al-Furqan (DHF) bagi Fasa 1 dan Pelancaran Dana bagi Fasa 2 yang berlangsung di Kampung Sungai Salak batu 10, Gombak Selangor. Program ini telah dirasmikan oleh Tan Sri Dato' Haji Hassan Azhari al-Hafiz yang merupakan tokoh berpengalaman dalam bidang hafazan dan al-Quran.
Ucapan Perasmian daripada Tan Sri Dato Haji Hassan Azhari Al-Hafiz |
Program ini berlangsung bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 tengahari dengan kehadiran lebih 400 orang termasuk masyarakat kampung sungai salak, ibu bapa pelajar PTDH dan DHF, dan VIP-VIP jemputan. Bangunan fasa 1 yang merupakan surau utama bagi para pelajar DHF telah siap hampir 98% menjadi tempat lawatan bagi para tetamu.
Para tetamu melawat bangunan surau DHF |
Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk mengumpul dana bagi pembangunan Fasa 2 Darul Haafizhiin Al-Furqan yang mengandungi bangunan asrama, pagar sekolah, fasiliti dan beberapa peralatan asas untuk kemudahan pelajar DHF. Orang ramai dialu-alukan untuk memberi sumbangan bagi merialisasikan matlamat yang murni ini.
Persembahan daripada pelajar DHF |
Pesembahan nasyid daripada pelajar PTDH |
Tan Sri Dato' Haji Hassan Azhari melawat bangunan baru fasa 1 DHF.
|
No comments:
Post a Comment