tag: Replace "http://tahfizptdh.edu.my" PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN: 2016

Friday, 5 August 2016

PROGRAM PTDH SEPANJANG JANUARI - JULAI 2016



Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah dengan izin Allah SWT pada tahun ini, pelbagai program-program penting dapat dijalankan di Darul Haafizhiin. Selain daripada program tarbiyah tetap harian dan mingguan di PTDH, terdapat pelbagai program tarbiyah bulanan dan tahunan telahpun dilaksanakan di PTDH. Alhamdulillah hasil usaha para guru yang bertungkus lumus menjayakan program, juga komitmen para pelajar PTDH beserta sokongan daripada para ibubapa, kesemua program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya atas kemudahan yang diberikan oleh Allah swt. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para guru dan staff PTDH, diikuti para ibubapa dan para pelajar atas komitmen dan usaha semua. semoga Allah SWT memberkati kita. amin.

1) Program Latihan Kebakaran bersama Anggota BOMBA Titiwangsa













2) Program- program Tarbiyah sepanjang Januari - Julai 2016:

 a)Ujian Musabaqah Hafazan Al-Quran Semester 1




 b) Program Tahsin Bacaan dalam Solat
 c) Usrah Ibubapa PTDH




 d) Hari Kad Laporan Semester 1





 e) Pertandingan Musabaqah Al-Quran





f) Pertandingan Hafazan Hadith Ramadhan




g) Rehlah Infaq PTDH ke PPR Air Panas KL





h) Pertandingan Kuiz Celik Ramadhan




i) Pertandingan Al-Quran Fi Qalbi

                                      


j) Program Usrah Perdana & Majlis Iftar PTDH 2016 bertempat di UTM KL 






k) Majlis Penutup Ihya Ramadhan & Penyampaian Hadiah







<Semoga Allah SWT memberkati segala usaha yang dijalankan InsyaAllah >

Wednesday, 10 February 2016

PENDAFTARAN DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN (PERINGKAT MENENGAH) BAGI SESI 2016/2017 DIBUKA SEKARANG!


PENDAFTARAN DIBUKA
DARUL HAAFIZHIIN  AL-FURQAN 

(PROGRAM TAHFIZ PERINGKAT MENENGAH)



PENGENALAN DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN (DHF)

   Darul Haafizhiin AlFurqan (DHF) ditubuhkan bagi melahirkan generasi syabab yang menghafaz Al-Quran dengan mantap & bertajwid, memahami serta mengaplikasi isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan seharian melalui implementasi 3P (Pengajian Islami, Penghayatan Al-Quran & As- Sunnah, Pemantapan Akhlak & Sahsiah) yang diterapkan di DHF.

  Ia juga adalah sebuah Institusi pengajian yang berorientasikan pengajian menghafal Al-Quran, Pengajian Islami serta Bahasa Arab. Penstrukturan Sistem Pengajian DHF juga menitikberatkan aqidah, akhlak & sahsiah para pelajar bagi membentuk para huffaz yang mempunyai Intelektual Islami yang tinggi. 

MISI & VISI DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN  CEMERLANG DAN BERMATLAMAT 

1) Meningkatkan keupayaan intelektual Islami melalui Kurikulum DHF. ·  
2) Memantapkan Hafazan Al Quran & Hadith Untuk Setiap Pelajar. ·
3)  Menerapkan Penghayatan Al Quran & As Sunnah Dalam Diri Setiap Pelajar. · 
4) Memantapkan Aqidah, Akhlak & Sahsiah Diri Setiap Pelajar. ·  
5) Meningkatkan Kualiti & Prestasi Pelajar Secara Berterusan. 

SISTEM PENGAJIAN 

1) Hafazan Al-Quran 30 Juzuk melalui ‘SISTEM HAFAZAN Al-HUFFAZ’ ·  
2) Aplikasi Kurikulum Pengajian Islami. ·
3) Penekanan Bahasa Arab melalui ‘SISTEM HATA (Hafal -Tasmi’-Aplikasi ) · 
4) Penerapan Tajwid melalui teknik ‘MATAN TUHFATUL ATHFAL’ ·  
5) Penerapan Nahu melalui teknik ‘MATAN AJRUMIYYAH’ 



KURIKULUM DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN 




  JADUAL DARUL HAAFIZHIIN AL-FURQAN 



DAFTAR SEKARANG! PENGAMBILAN ADALAH TERHAD!

Ingin tahu lebih lanjut berkenaan pendaftaran, Hubungi:        
     
019-3196559       (Hj.Aznan Ismail, PENGASAS PTDH) 

017-6707782     ( Ustaz Abu Dzar, Mudir DHF )