Rawatan Islam Terapi Ruqyah SyarI'yyah oleh Syeikh Sultan Al-Qadasi dari Yaman Insyaallah akan diadakan seperti maklumat dibawah. Program dengan anjuran bersama PTDH. Program adalah PERCUMA. Semua dijemput hadir.
Friday, 31 October 2014
Monday, 27 October 2014
Friday, 24 October 2014
PUSAT TAHFIZ DARUL HAAFIZHIIN (PTDH) 2001 - 2014: Membina Generasi Al-Quran
Bangunan PTDH yang terletak di Dato'Keramat, Kuala Lumpur
Pusat Tahfiz Darul Haafizhiin (PTDH) telah ditubuhkan pada tahun 2001 dan telah diasaskan oleh Tuan Haji Aznan bin Ismail dan Hjh Fauziah Bt Abul Khassim. PTDH merupakan sebuah institusi Tahfiz Berintegrasi yang menggabungkan pengajian Hafazan Al-Quran, Pengajian Deeniah serta Akademik.
PTDH menyediakan platform pembelajaran bermula daripada Pra-Tahfiz iaitu peringkat tadika, peringkat sekolah rendah dan seterusnya peringkat menengah. PTDH telah mendapat pengiktirafan dari pihak Jabatan Agama Wilayah Persekutuan
(No. Pend: JAWI/4/284)
Sehingga kini PTDH mempunyai lebih daripada 100 orang pelajar dan telah berkembang dalam usahanya untuk menegakkan kepentingan pendidikan Al-Quran & As-Sunnah, Deeniah & Akademik seiring dengan keperluan & cabaran dunia masa kini.
Para Pelajar Hafiz Banin Darul Haafizhiin bersama Ustaz & Mudir PTDH.
Para Pelajar Hafizah Banat bersama Ustazah & Guru PTDH
Bakal Hafiz PTDH
Bakal Hafizah sedang khusyuk menghafaz Al-Quran Karim
VISI PTDH
Melahirkan Generasi Al-Quran Yang Bertaqwa Dan Berperibadi Mulia.
MISI PTDH
1. Melahirkan Hamalatul Quran (penghafaz Al-Quran) yang dapat membaca, menghafal dan mengamalkan isi kandungan Al-Quran.
2. Membentuk pelajar yang mampu menjalani penghidupan harian bertunjangkan Al-Quran dan As-Sunnah.
3. Membina generasi insan yang soleh, cemerlang dan berilmu tinggi serta menjadi panduan ummah
"Mari Bersama Menghidupkan Generasi Al-Quran,
Semoga Allah Memberikan Kita Semua Dengan Kejayaan Dunia & Kejayaan Akhirat"
Ingin tahu lebih lanjut berkenaan PTDH, Hubungi:
019-3196559 (Hj.Aznan Ismail, PENGASAS PTDH)
011-12428294 (Ustaz Muhammad Aryf Zaki, MUDIR PTDH)
Subscribe to:
Posts (Atom)